Tuesday, 23 August 2016

Temasya Bahasa

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar, Malaysia (DHRRA Malaysia), Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, Pusat Kebudayaan India (ICC), dan Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama menganjurkan Temasya Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2016. Tiga aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:

1 Oktober 2016 - Petaling Jaya, Selangor

9 Oktober 2016 - Taiping, Perak

16 Oktober 2016 - Brickfields, Kuala Lumpur

Sila klik pada pautan di atas untuk maklumat lanjut.

Baca Puisi dan Cerpen Kavyan

Program
Temasya Bahasa

Aktiviti
Baca Puisi dan Cerpen Kavyan

Sempena
Bulan Bahasa Kebangsaan 2016

Anjuran Bersama
Pusat Kebudayaan India (NSCBICC)

Pengenalan
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) merupakan salah satu acara tahunan negara bagi memperkasa bahasa kebangsaan. BBK adalah gerakan besar-besaran di seluruh negara dan melibatkan semua lapisan masyarakat. Pelbagai kegiatan BBK akan dilaksanakan di seluruh negara pada bulan Oktober 2016. Kempen ini bermula sebagai Minggu Bahasa Kebangsaan pada 1960, kemudian dinamakan Bulan Bahasa Kebangsaan pada 1961. Seterusnya, dikenali sebagai Gerakan Cintailah Bahasa Kita (1987) dan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (1999), sebelum dikenali semula sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan sejak 2009. Kavyan terlibat bersama-sama DBP dalam menjayakan program BBK sejak dahulu. Mesyuarat Jawatankuasa Induk BBK berlangsung di Kementerian Pendidikan, Putrajaya pada 11 Ogos 2016 untuk merancang dan memulakan usaha melaksanakan pelbagai aktiviti bahasa dan sastera sempena BBK 2016. Mesyuarat Kavyan dengan Pengarah Jabatan Sastera DBP berlangsung di Menara DBP pada 22 Ogos 2016 untuk memperincikan pengisian Temasya Bahasa. [Lihat jugaBicara Budaya Kaum India dalam Karya Bahasa Kebangsaan dan Penghayatan Bahasa dan Sastera di Aulong Lama]

Objektif
1. Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap Bahasa Kebangsaan
2. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan Bangsa Malaysia menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan
3. Melahirkan generasi masa depan Bangsa Malaysia yang berbangga dengan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar ilmu dan pembina tamadun bangsa
4. Menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan tamadun bangsa dan negara

Tema
1 Bahasa, 1 Jiwa, 1 Bangsa

Rasional
Kavyan yang diasaskan pada 22 Ogos 1999 menjalankan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya di seluruh negara dengan melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama sebagai usaha mengangkat Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa ilmu, dan bahasa komunikasi. Kavyan juga sentiasa bekerjasama dengan DBP, DHRRA Malaysia, Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Aulong dan pelbagai pihak lain untuk memperkasakan komuniti akar umbi menerusi aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya. Temasya Bahasa: Baca Puisi dan Cerpen Kavyan dirancang khusus untuk memberi peluang kepada masyarakat pelbagai kaum mempersembahan karya Bahasa Malaysia yang dihasilkan kelompok Penulis Bukan Melayu. Aktiviti santai yang dirancang dan dilaksanakan pasti mencapai objektif BBK seperti diimpikan. [Lihat jugaBicara Budaya Kaum India dalam Karya Bahasa Kebangsaan dan Penghayatan Bahasa dan Sastera di Aulong Lama]

Tarikh
16 Oktober 2016 (Ahad)

Masa
9:30 pagi – 1:00 petang

Tempat
Dewan Netaji Subhash Chandra Bose, Pusat Kebudayaan India (ICC), Tingkat 17, Sentral Vista, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur – Terletak tidak jauh dari KL Sentral, NU Sentral, Stesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB Brickfields. (Rujuk peta)
WazeMenara Sentral Vista.

Pemilihan Karya
Peserta perlu memilih sendiri puisi (sajak) atau petikan cerpen Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh Penulis Bukan Melayu. Karya (puisi/cerpen) mestilah karya asli, bukannya terjemahan, dan sudah pernah tersiar. Penulis Bukan Melayu yang dimaksudkan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) penulis kaum India [senarai di sini], kaum Cina, Orang Asal (Orang Asli), keturunan Siam, serta Bumiputera Bukan Melayu di Sabah, dan Bumiputera Bukan Melayu di Sarawak. Pemilihan kelompok Penulis Bukan Melayu adalah untuk menonjolkan sumbangan kumpulan penulis pelbagai kaum dalam memperkaya khazanah sastera bahasa kebangsaan.

Teks Karya
Para peserta perlu membawa sendiri teks puisi/cerpen untuk persembahan pada tarikh acara. Teks TIDAK disediakan oleh penganjur. Judul karya (puisi/cerpen) dan nama penulis perlu dinyatakan semasa mengisi borang penyertaan. Penukaran teks tidak dibenarkan selepas borang pendaftaran dihantar. Individu yang tidak boleh (atau tidak mahu) bersuara lantang di pentas dinasihatkan supaya TIDAK mengambil bahagian!

Tempoh Persembahan
Setiap peserta hanya dibenarkan membuat persembahan (baca teks) di pentas selama 5–6 minit. Sila pastikan puisi/sajak atau petikan cerpen yang dipilih adalah sesuai untuk dipersembahkan dalam masa 5–6 minit. Individu yang tidak boleh (atau tidak mahu) bersuara lantang di pentas dinasihatkan supaya TIDAK mengambil bahagian!

Jumlah Peserta
Penyertaan terbuka kepada 50 peserta pelbagai kaum berumur minimum 9 tahun. Peserta perlu mampu mempersembahkan bacaan teks puisi (sajak) atau petikan cerpen di pentas – sedikit panduan di sini. Individu yang tidak boleh (atau tidak mahu) bersuara lantang di pentas dinasihatkan supaya TIDAK mengambil bahagian! [Lihat jugaBicara Budaya Kaum India dalam Karya Bahasa Kebangsaan dan Penghayatan Bahasa dan Sastera di Aulong Lama]

Borang Penyertaan
Individu yang berminat perlu mengisi borang penyertaan rasmi secara dalam talian. Pastikan borang diisi dengan betul dan tepat sebelum dikirim. Setiap borang yang selamat diterima akan dijawab dalam masa 48 jam. Sekiranya tiada balasan, maknanya borang tidak diterima. Individu yang tidak boleh (atau tidak mahu) bersuara lantang di pentas dinasihatkan supaya TIDAK mengambil bahagian!

Sijil Penyertaan
Sijil penyertaan hanya diberikan kepada individu yang mendaftar awal menerusi borang penyertaan rasmi, mengesahkan kehadiran di tempat aktiviti (Pusat Kebudayaan India, Brickfields) sebelum pukul 10:00 pagi pada 16 Oktober 2016, membaca puisi/cerpen dengan suara lantang di pentas, serta menyertai aktiviti sepenuhnya. Individu yang tiba selepas 10:00 pagi dan/atau menghilangkan diri sebelum 1:00 petang tidak layak menerima sijil penyertaan.

Tarikh Tutup
Pendaftaran peserta [BORANG DI SINI] ditutup secara muktamad pada 9 Oktober 2016, pukul 4:00 petang. Sebarang borang yang dikirim selepas itu tidak dilayan. Pendaftaran ditutup awal sekiranya sudah ada 50 peserta. Individu yang tidak mendaftar tidak dibenarkan membaca puisi/cerpen pada 16 Oktober 2016; tetapi boleh hadir sebagai penonton.

Penyelarasan
Aktiviti ini diselaras dan dilaksanakan oleh wakil Kavyan berdasarkan pengalaman mengendalikan pelbagai program bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya sejak 1999. [Lihat jugaBicara Budaya Kaum India dalam Karya Bahasa Kebangsaan dan Penghayatan Bahasa dan Sastera di Aulong Lama]

Pengisian Aktiviti
Berikut adalah rangka atur cara bagi aktiviti yang dicadangkan. Pengisian dan pengendalian aktiviti ini menerusi pendekatan penghayatan bahasa dan sastera merangkumkan secara holistik visi, misi, objektif, rasional strategi dan sasaran BBK.

9:30 pagi – 10:00 pagi
Pendaftaran peserta
10:00 pagi – 10:15 pagi
Taklimat kepada peserta
10:15 pagi – 12:30 tengah hari
Baca Puisi dan Cerpen Kavyan
Urutan peserta mengikut undian
Persembahan selingan oleh ICC
12:30 tengah hari – 1:00 petang
Ucapan wakil penganjur
Penyampaian sijil penyertaan BBK
Hadiah persembahan terbaik
Sesi fotografi berkumpulan
Makan tengah hari

Penutup dan Harapan

Temasya Bahasa: Baca Puisi dan Cerpen Kavyan diyakini mampu menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha memupuk kecintaan dan penghayatan Bahasa Kebangsaan, khususnya dalam kalangan komuniti Bukan Melayu dari pelbagai latar belakang, selaras objektif BBK. Para peserta ini akan terus menjadi kumpulan sasaran bagi pelbagai aktiviti bahasa dan sastera anjuran Kavyan. [Lihat jugaBicara Budaya Kaum India dalam Karya Bahasa Kebangsaan dan Penghayatan Bahasa dan Sastera di Aulong Lama]

Penghayatan Bahasa dan Sastera

Program
Temasya Bahasa

Aktiviti
Penghayatan Bahasa dan Sastera

Sempena
Bulan Bahasa Kebangsaan 2016

Anjuran Bersama
Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar, Malaysia
Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Aulong Lama

Pengenalan
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) merupakan salah satu acara tahunan negara bagi memperkasa bahasa kebangsaan. BBK adalah gerakan besar-besaran di seluruh negara dan melibatkan semua lapisan masyarakat. Pelbagai kegiatan BBK akan dilaksanakan di seluruh negara pada bulan Oktober 2016. Kempen ini bermula sebagai Minggu Bahasa Kebangsaan pada 1960, kemudian dinamakan Bulan Bahasa Kebangsaan pada 1961. Seterusnya, dikenali sebagai Gerakan Cintailah Bahasa Kita (1987) dan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (1999), sebelum dikenali semula sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan sejak 2009. Kavyan terlibat bersama-sama DBP dalam menjayakan program BBK sejak dahulu. Mesyuarat Jawatankuasa Induk BBK berlangsung di Kementerian Pendidikan, Putrajaya pada 11 Ogos 2016 untuk merancang dan memulakan usaha melaksanakan pelbagai aktiviti bahasa dan sastera sempena BBK 2016. Mesyuarat Kavyan dengan Pengarah Jabatan Sastera DBP berlangsung di Menara DBP pada 22 Ogos 2016 untuk memperincikan pengisian Temasya Bahasa. [Lihat jugaBicara Budaya Kaum India dalam Karya Bahasa Kebangsaan dan Baca Puisi dan Cerpen Kavyan]

Objektif
1. Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap Bahasa Kebangsaan
2. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan Bangsa Malaysia menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan
3. Melahirkan generasi masa depan Bangsa Malaysia yang berbangga dengan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar ilmu dan pembina tamadun bangsa
4. Menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan tamadun bangsa dan negara

Tema
1 Bahasa, 1 Jiwa, 1 Bangsa

Rasional
Kavyan yang diasaskan pada 22 Ogos 1999 menjalankan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya di seluruh negara dengan melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama sebagai usaha mengangkat Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa ilmu, dan bahasa komunikasi. Kavyan juga sentiasa bekerjasama dengan DBP, DHRRA Malaysia, Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Aulong dan pelbagai pihak lain untuk memperkasakan komuniti akar umbi menerusi aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya. Temasya Bahasa: Penghayatan Bahasa dan Sastera dirancang khusus untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak, remaja, belia dan golongan dewasa kaum India di Aulong Lama, Aulong dan kawasan sekitar Taiping, Perak mengenai keindahan Bahasa Malaysia. Aktiviti santai yang dirancang dan dilaksanakan pasti mencapai objektif BBK seperti diimpikan. [Lihat jugaBicara Budaya Kaum India dalam Karya Bahasa Kebangsaan]

Tarikh
9 Oktober 2016 (Ahad)

Masa
8:30 pagi – 2:00 petang

Tempat
Dewan Persatuan Kebajikan Masyarakat India
285 Lorong K, Aulong Lama, 34000 Taiping

Jumlah Peserta
Penyertaan terbuka kepada 100 penduduk pelbagai kaum, khususnya komuniti India, berumur minimum 7 tahun di Aulong Lama, Aulong dan kawasan sekitar Taiping, Perak. Peserta perlu boleh bercakap Bahasa Malaysia asas. Pencalonan nama peserta sebaik-baiknya dilakukan oleh pemimpin komuniti yang menyertai Program Latihan Kepimpinan (17 Julai 2016) serta terlibat dalam Program Memartabatkan Bahasa Malaysia (14 Ogos 2016). Kesemua peserta wajib menyertai aktiviti sepenuhnya untuk layak menerima sijil penyertaan.

Borang Penyertaan
Pemilihan peserta dibantu oleh pemimpin komuniti yang menyertai Program Latihan Kepimpinan (17 Julai 2016) dan terlibat dalam Program Memartabatkan Bahasa Malaysia (14 Ogos 2016). Pendaftaran perlu dilakukan dengan mengisi borang penyertaan rasmi secara dalam talian. Pastikan borang diisi dengan betul dan tepat sebelum dikirim. Setiap borang yang selamat diterima akan dijawab dalam masa 48 jam. Sekiranya tiada balasan, maknanya borang tidak diterima.

Alat Tulis
Para peserta perlu membawa alat tulis seperti pen, pensel, pemadam, pensel warna, gunting dan buku nota kerana peralatan ini TIDAK disediakan.

Sijil Penyertaan
Sijil penyertaan hanya diberikan kepada individu yang mendaftar awal menerusi borang penyertaan rasmi, mengesahkan kehadiran di tempat aktiviti (Dewan Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama) sebelum pukul 9:00 pagi pada 9 Oktober 2016, serta menyertai aktiviti sepenuhnya.

Tarikh Tutup
Pencalonan peserta [BORANG DI SINI] ditutup secara muktamad pada 30 September 2016, pukul 4:00 petang. Sebarang borang yang dikirim selepas itu tidak dilayan. Individu yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menyertai aktiviti pada 9 Oktober 2016. Pertukaran peserta tidak dibenarkan. Pendaftaran ditutup awal sekiranya sudah ada 100 peserta.

Penyelarasan
Aktiviti ini diselaras dan dilaksanakan oleh wakil Kavyan, DHRRA Malaysia dan Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama berdasarkan pengalaman bekerjasama mengendalikan pelbagai program bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya sejak awal 2016.

Pengisian Aktiviti
Berikut adalah rangka atur cara bagi aktiviti yang dicadangkan. Pengisian dan pengendalian aktiviti ini menerusi pendekatan didik-hibur merangkumkan secara holistik visi, misi, objektif, rasional strategi dan sasaran BBK.

8:30 pagi – 9:00 pagi
Pendaftaran peserta
9:00 pagi – 10:00 pagi
Permainan Bahasa
10:00 pagi – 10:30 pagi
Kudapan (makan-minum)
10:30 pagi – 11:30 pagi
Penghayatan Pantun Tradisional
11:30 pagi – 1:00 petang
Ekspresi Bahasa Menerusi Topeng
1:00 petang – 2:00 petang
Ucapan wakil penganjur
Penyampaian sijil penyertaan BBK
Hadiah peserta terbaik
Sesi fotografi berkumpulan

Penutup dan Harapan

Temasya Bahasa: Penghayatan Bahasa dan Sastera diyakini mampu menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha memupuk kecintaan terhadap Bahasa Kebangsaan dalam kalangan kanak-kanak, remaja, belia dan golongan dewasa kaum India di Aulong Lama, Aulong dan sekitarnya dengan cara yang menghiburkan, selaras objektif BBK. Para peserta ini serta keluarga mereka (kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa) akan terus menjadi kumpulan sasaran bagi pelbagai Program Memperkasakan Komuniti yang dirancang oleh Kavyan dan DHRRA Malaysia. [Lihat jugaBicara Budaya Kaum India dalam Karya Bahasa Kebangsaan dan Baca Puisi dan Cerpen Kavyan]

Bicara Budaya Kaum India

Program
Temasya Bahasa

Aktiviti
Bicara Budaya Kaum India dalam Karya Bahasa Kebangsaan

Sempena
Bulan Bahasa Kebangsaan 2016

Anjuran Bersama
Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar, Malaysia
(DHRRA Malaysia)

Pengenalan
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) merupakan salah satu acara tahunan negara bagi memperkasa bahasa kebangsaan. BBK adalah gerakan besar-besaran di seluruh negara dan melibatkan semua lapisan masyarakat. Pelbagai kegiatan BBK akan dilaksanakan di seluruh negara pada bulan Oktober 2016. Kempen ini bermula sebagai Minggu Bahasa Kebangsaan pada 1960, kemudian dinamakan Bulan Bahasa Kebangsaan pada 1961. Seterusnya, dikenali sebagai Gerakan Cintailah Bahasa Kita (1987) dan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (1999), sebelum dikenali semula sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan sejak 2009. Kavyan terlibat bersama-sama DBP dalam menjayakan program BBK sejak dahulu. Mesyuarat Jawatankuasa Induk BBK berlangsung di Kementerian Pendidikan, Putrajaya pada 11 Ogos 2016 untuk merancang dan memulakan usaha melaksanakan pelbagai aktiviti bahasa dan sastera sempena BBK 2016. Mesyuarat Kavyan dengan Pengarah Jabatan Sastera DBP berlangsung di Menara DBP pada 22 Ogos 2016 untuk memperincikan pengisian Temasya Bahasa. [Lihat juga - Penghayatan Bahasa dan Sastera di Aulong Lama dan Baca Puisi dan Cerpen Kavyan]

Objektif
1. Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap Bahasa Kebangsaan
2. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan Bangsa Malaysia menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan
3. Melahirkan generasi masa depan Bangsa Malaysia yang berbangga dengan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar ilmu dan pembina tamadun bangsa
4. Menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan tamadun bangsa dan negara

Tema
1 Bahasa, 1 Jiwa, 1 Bangsa

Rasional
Kavyan yang diasaskan pada 22 Ogos 1999 menjalankan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya di seluruh negara dengan melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama sebagai usaha mengangkat Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa ilmu, dan bahasa komunikasi. Kavyan juga sentiasa bekerjasama dengan DBP, DHRRA Malaysia, Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Aulong dan pelbagai pihak lain untuk memperkasakan komuniti akar umbi menerusi aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya. Temasya Bahasa: Bicara Budaya Kaum India dalam Karya Bahasa Kebangsaan dirancang khusus untuk mengumpulkan sekitar 30 remaja dan belia, khususnya kaum India (penulis dan bukan penulis), untuk berbicara mengenai karya-karya Bahasa Malaysia oleh penulis kaum India yang menampilkan budaya kaum India, dan tersiar pada tahun 2015 dan 2016. Aktiviti ilmu yang dirancang dan dilaksanakan ini pasti mencapai objektif BBK seperti diimpikan. Penulis kaum India yang mahu karya mereka (cerpen, rencana) yang tersiar pada 2015/2016 turut dibicarakan, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my untuk maklumat.

Tarikh
1 Oktober 2016 (Sabtu)

Masa
9:00 pagi – 12:00 tengah hari

Tempat
Bilik Perbincangan DHRRA Malaysia
13A-02 PJ21, Jalan SS3/39, 47300 Petaling Jaya
(Waze – PJ21 Commercial Centre)

Jumlah Peserta
Penyertaan bagi majlis ilmu ini dihadkan kepada 30 individu pelbagai kaum berumur minimum 15 tahun – termasuk pelajar, mahasiswa, graduan, remaja, belia, guru, peminat sastera, pencinta bahasa, peminat budaya dan orang awam. Setiap peserta berdaftar akan dibekalkan dengan salinan fotokopi sejumlah karya Bahasa Malaysia – fiksyen dan makalah – yang menampilkan budaya kaum India. Karya-karya ini akan dijadikan bahan untuk dibicarakan pada majlis ilmu ini. Peserta juga boleh memilih sendiri karya (cerpen, rencana) mana-mana penulis kaum India yang tersiar pada 2015/2016 dan memenuhi skop perbincangan. Penulis kaum India yang mengemukakan karya untuk dibicarakan perlu hadir sama ke majlis ilmu ini.

Borang Penyertaan
Individu yang berminat perlu mengisi borang penyertaan rasmi secara dalam talian. Pastikan borang diisi dengan betul dan tepat sebelum dikirim. Setiap borang yang selamat diterima akan dijawab dalam masa 48 jam. Sekiranya tiada balasan, maknanya borang tidak diterima.

Sijil Penyertaan
Sijil penyertaan hanya diberikan kepada individu yang mendaftar awal menerusi borang penyertaan rasmi, mengesahkan kehadiran di tempat aktiviti (DHRRA Malaysia) sebelum pukul 9:00 pagi pada 1 Oktober 2016, serta menyertai sepenuhnya aktiviti perbincangan yang diadakan.

Tarikh Tutup
Pendaftaran peserta [BORANG DI SINI] ditutup secara muktamad pada 24 September 2016, pukul 4:00 petang. Sebarang borang yang dikirim selepas itu tidak dilayan. Individu yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menyertai aktiviti pada 1 Oktober 2016. Pendaftaran ditutup awal sekiranya sudah ada 30 peserta.

Penyelarasan
Aktiviti ini diselaras dan dilaksanakan oleh wakil Kavyan berdasarkan pengalaman mengendalikan pelbagai program bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya sejak 1999.

Pengisian Aktiviti
Berikut adalah rangka atur cara bagi aktiviti yang dicadangkan. Pengisian dan pengendalian aktiviti ini merangkumkan secara holistik visi, misi, objektif, rasional strategi dan sasaran BBK.

9:00 pagi – 9:30 pagi
Pendaftaran peserta
Sarapan disediakan
9:30 pagi – 10:30 pagi
Bicara karya oleh para peserta
10:30 pagi – 11:30 pagi
Sesi soal-jawab bersama penulis
Panduan menghasilkan karya
11:30 pagi – 12:00 tengah hari
Penyampaian sijil penyertaan BBK
Penyampaian cenderamata peserta
Sesi fotografi berkumpulan

Penutup dan Harapan
Temasya Bahasa: Bicara Budaya Kaum India dalam Karya Bahasa Kebangsaan diyakini mampu menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha memupuk kecintaan dan penghayatan Bahasa Kebangsaan, khususnya dalam kalangan komuniti India dari pelbagai latar belakang, selaras objektif BBK. Para peserta ini akan terus menjadi kumpulan sasaran bagi pelbagai aktiviti bahasa dan sastera anjuran Kavyan. [Lihat juga - Penghayatan Bahasa dan Sastera di Aulong Lama dan Baca Puisi dan Cerpen Kavyan]

Thursday, 18 August 2016

Tabung Projek Komuniti Kavyan

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sedang bekerjasama dengan DHRRA Malaysia untuk menjalankan pelbagai projek komuniti dalam usaha memperkasakan masyarakat akar umbi.

Contoh projek komuniti di Taiping: Program Latihan Kepimpinan dan Penyampaian Sumbangan Barangan Makanan (17 Julai 2016) – Program Memartabatkan Bahasa Malaysia (14 Ogos 2016) – Bengkel Memperkasakan Wanita (25 September 2016).

Jutaan terima kasih kepada penyumbang budiman yang tampil menghulurkan bantuan wang tanpa mengharapkan sebarang publisiti.

Bagi menguruskan wang sumbangan, hasil yang terkumpul akan dimasukkan ke dalam Tabung Projek Komuniti Kavyan.

Anda boleh menyumbang dengan beberapa cara.

1 - Membeli buku sambil menyumbang – Maklumat Di Sini.

2 - Menyumbangkan wang – Baca Di Sini – Baca Di Sini.

3 - Menyumbangkan barangan seperti alat tulis, makanan, pakaian dan barangan keperluan harian.

Hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau talian 016-3288142 (Uthaya Sankar SB) untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.